Aku, Korea, Bunuh Diri (Bahagian 1)
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terlebih dahulu aku ingin mohon
maaf jika kisah ini agak panjang dan ayat skema. Terpanggil untuk menulis bila
terbaca tentang pengalaman belajar di negara K-pop di laman Facebook, dan aku
fikir ada baiknya aku buka pekung di dada berkenaan perasaan aku terhadap orang
korea, dan pengalaman aku semasa hidup di sana sebagai pelajar yang gagal graduasi.
Pelajar yang gagal di Korea? Jika pembaca nukilan ini adalah bekas pelajar di
sana yang akrab dengan komuniti dan pihak kedutaan, pasti tahu kes pelajar
gagal untuk graduasi sangat sedikit. Bagaimanapun, itu hanyalah separuh
daripada kisah aku di sini. Kisah yang ingin aku tumpukan adalah lebih kepada
pengalaman unik yang aku lalui semasa saat-saat akhir pengajian degree aku di
Universiti Y, Seoul. Pengalaman melihat kes bunuh diri di hadapan mata. Kisah
yang sampai sekarang segar dalam ingatan. Rupa-rupa pelaku, saksi, pegawai emergency
medic dan polis semuanya masih segar dalam benak fikiranku.
Korea dan
suicide. Dan lesser situation, arak. Negara yang rakyatnya hidup serba
competitive. Ditambah saingan dari jiran terdekat yang sangat dipandang dari
pelbagai segi; budaya, lifestyle, dan work life. Bagi aku, bangsa Korea sangat
bekerja keras dan memupuk hidup striving for excellence. Dari kecil sehinggalah
ke alam pekerjaan, tekanan daripada masyarakat(ibu bapa, guru, komuniti)
amatlah ekstrim sehinggakan suicide itu menjadi ‘budaya’, atau langkah akhir
terbaik untuk penyelesaian masalah. Artis-artis yang disanjung tidak kurang
ramainya yang menamatkan riwayat hidup dengan membunuh diri. Jadi, tidak
hairanlah di jambatan-jambatan melintasi Sungai Han atau Han River (aku tidak
pasti jumlah jambatan, tetapi memang banyak) dikhaskan papan-papan iklan dengan
kata-kata positif supaya rakyatnya berfikir dahulu sebelum terjun ke dalam
sungai. Life style dan work life yang membebankan adalah salah satu punca besar
kepada hal ini, dan aku percaya pegangan agama sangat penting dalam menentukan
kompas mentaliti jiwa manusia. Rakyat Korea? Majoriti tidak beragama. Agama
hanya pada kertas, banyak kes begitu. Sebut sahaja. Kristian? Buddha? Profesor
aku di Universiti Y (universiti pro Kristian) sendiri admit yg dia Katolik, tetapi
hanya pada luaran. Cara hidup dan didikan kepada anak? Kosong.
Aku
tinggal sendirian di saat-saat akhir pengajian. Senior serumah tamat pengajian
di Universiti Y.Extend 2 semester, sukar untuk aku sesuaikan diri dengan
kehidupan universiti. Tambahan pula aku melayu lelaki solo dalam batch masuk
universiti itu. Sejujurnya aku amat lost dalam pelajaran start daripada semester
3. Lalai? Mungkin. Namun, aku sgt2 ingin clarify yang student oversea ini bukanlah
jenis tidak sedar dek untung. Belajar dapat duit banyak-banyak, kemudian wasted.
No. Aku sedar fail grad itu petanda aras aku di landasan yang salah, namun banyak
kekangan yang aku lalui perlu diambil kira sepanjang hidup di sana. Sebagai
contoh, apabila tinggal seorang, mencari rumah sewa amatlah susah (kawasan
universiti adalah hotspot rumah sewa). Melainkan ada geng 4 orang, set sama-sama
cari 1 rumah. Kos mnjadi kurang. Elaun sara diri roughly RM1800 pada masa itu
lepas convert. Sewa bulan rumah one room aku? RM1400+-, tak termasuk bil air
elektrik. Masuk elaun saja, beras sekampit telur sepapan jadi target aku.
Sepapan itulah sebulan menu. Sungguh. Pengalaman dan memori, ada hikmahnya. Aku
pasti itulah yang menguatkan jati diri aku.
Berbalik
kepada kes suicide, maka aku ambil keputusan break contract rumah sewa dan menyewa
di perumahan yang jauh daripada kawasan universiti aku. Sewa rumah dalam 40 minit
jauh daripada universiti. Kejiranan Korean middle dan low-class 40-50an
umurnya. Sepanjang semester extend aku menetap di situ. Satu pagi waktu musim
luruh, Subuh masih pada waktu biasa seperti di Malaysia (summer subuh masuk pukul
3-4pagi. Bulan puasa summer sangatlah masak dan pishang bagi student. Menduga).
Memandang Ahad dan bukan exam week (exam week aku follow korean style,
berkampung di library universiti tak balik 2 3 hari), aku decide pergi Family
Mart (macam 7E) untuk beli kopi dan roti sebagai sarapan sambil layan movie. Keluar
daripada rumah tiada apa-apa yang menarik dan pelik aku rasakan. On the way
balik hendak masuk bangunan rumah sewa dalam 20 minit kemudian, aku perasan
sesuatu yang pelik di pokok terletak pada hujung bangunan. 10 saat juga aku
terpinga-pinga cuba untuk hadam apa yang aku nampak. Kusangkakan replika patung
manusia tergantung di pokok, rupa-rupanya…Masya-Allah…
Jarak aku
daripada tubuh kaku tergantung di pokok itu dalam 80 meter. Aku memekik ajossi (pakcik)
3 kali dari jauh.Tidak berganjak. Aku? Sama. Tidak berganjak ke depan untuk
menolong. Situasi ini amat janggal, mana mungkin aku mampu maju seperti hal ini
perkara biasa.
Dengan izi
Allah, maka datanglah susuk tubuh manusia lain daripada belakang. Jiran muda yg
tinggal di tingkat 2. Dia hanya berlalu tanpa mengetahui apa yang sedang
berlaku. Earphone, smartphone. Dunia dan manusia berpisah sementara. Lalu aku
menarik tangan mamat Korean ni (Korean A) bila dia mahu naik tangga. Aku tunjuk
pokok bergantung kemas manusia itu. Serta merta merah mata Korean A. Menggigil
dicapainya smartphone tadi untuk mendail 119. Aku terlalu kaku dan bingung. Tak
terfikir langsung akan emergency rescue team.
Dari panggilan
kecemasan itu, aku dapat faham yang kami (saksi) hendaklah bertindak dahulu sebelum
bantuan smpai. Bibir mamat Korean A menyebut tentang pisau, lalu aku lari masuk
ke dalam rumah ambil pisau potong ayam aku. Bermulalah siri kau buat ini aku
buat ini. Rescue guider dalam panggilan minta seorang potong tali gantung, seorang
lagi sahut badan mangsa. Di pikiran aku,sudah pastilah potong tali. Kau sanggup
peluk badan kaku entahkan hidup entahkan mati? Tidak sama sekali. Malangnya, Korean
A dengan pantas mengambil pisau daripada tangan aku dan berkata, “Ready. Dalam
kiraan 3, aku potong ko sambut.” I am like, this guy, really… Lalu aku hanya
mengangguk dalam paksa. Sampai kiraan 3, tali yang dipotong tak putus. Oh,
pisau tumpul, bisik hatiku. Lalu aku hanya menunggu, dan…
Debuk!!!
Aku tak expect yang tali itu akan putus dengan cepat. Aku tak sempat sahut badan
ajossi tu. Terjelepuk badan kaku itu ke tanah. Darah luka keluar di kepala
akibat hentakan kuat dengan batu tanah. Aku pandang Korean A. Aku tergamam lagi
dan rasa bersalah sebab tak sambut badan pak cik itu. Korean A dah berair mata
dan berlari ke rumah bertentangan dengan rumah sewa aku. Aku ikut dia lari, seperti
lembu dicucuk hidung. Rupa-rupanya mamat tu dah dapat kenalpasti identiti
mangsa. Diketuk pintu rumah tersebut. Keluar seoanrg lelaki, linkungan 30-an,
tak terurus rambut (pagi weekend, perkara biasa). Ditanya kepadanya adakah ayah
ada di dalam rumah. Dijawab tiada. Lalu Korean A tersebut menangis sambil
menunjukkan arah pokok lokasi kejadian yang terlindung daripada pandangan
lelaki 30-an itu (aku panggil korean B). Pantas korean B berlari ke tempat
kejadian menjerit-jerit dan memanggil ayahnya. Menangis dan melaungkan ayat
berulang-ulang kali, “ayah, kenapa buat camni.kenapa?kenapa?” sambil mengetuk
dada ayahnya. 10 saat kemudian dia mulakan CPR, mungkin sudah terkawal emosi.
Isteri mangsa juga keluar melihat dan mengambil pisau pemotong tali milik aku.
Dibawa masuk rumahnya dan dibuang. Nampak lebih tenang berbanding anaknya. Aku
bingung. Pisau aku kenapa dia yang uruskan dan buang.
15 minit
kemudian bantuan kecemasan sampai. 1 ambulans, 2 kereta bomba, 1 kereta polis.
Scene yang hanya dapat ditonton dalam TV dan drama. Kerja prosedur menyelamat
medic rescuer berjaya mengembalikan nafas mangsa, lalu dikejarkan ke hospital
untuk rawatan kecemasan lanjut. Aku dan Korean A disoal siasat polis.
Melihatkan aku seorang foreigner, aku bagai disisihkan dan banyak soalan lebih
kepada Korean B (mungkin dia ingat kena speaking. Padahal aku boleh ckp Korean
kot). Maka pagi itu kembali tenang seperti tiada apa-apa yg berlaku. Aku jadi
pelik. Jiran lain macam tengok-tengok, then berlalu pergi selepas semua anggota
penyelamat bersurai. Like this was normal. Satu perkara yang aku tahu, ini
tidak normal buat aku. Petangnya dikhabarkan oleh anak mangsa yang ayahnya mati
dalam perjalanan ke hospital. Jasad masih ampuh, namun jiwa mahu pergi. Sehebat
manapun rescue team, mental lemah apapun tak jadi.
Malam itu,
aku mimpi babak-babak suicide tu berulang lagi. Muka pucat, badan kaku ajossi
tu bermain lagi di dalam mimpi. Aku bangun mengejut dan terus tak tidur.
Esoknya ponteng kelas. Teruk perangai? Aku tak boleh keluar rumah. Mayat tak
ada, tetapi pokok tu masih di situ. Maka berlalulah isnin itu tak ke kelas, tak
makan, hanya berselubung selimut. Aku trauma dan fobia.
Selasa.
Aku perlu buat sesuatu. Kelas kena pergi. Kena bar satu hal pula menjawab di kedutaan
(pegawai latihan in charge student masa tu sangat garang, strict tetapi bagus.
Kepimpinan beridentiti). Bayangkan. Keluar rumah berlari sekuat hati tutup
mata. Balik rumah lewat malam supaya tak nampak kelibat pokok tu dalam gelap
malam. 3 hari straight rutin aku begitu.
Kejadian
itu ajar aku banyak perkara. Aku masa tu lalai dari segi agama. Solat kadang-kadang
penuh, kadang-kadang tinggal. Lepas pada tu aku solat dan bnyak baca Al-Quran.
Syukur, 2 minggu lepas tu aku berjaya overcome trauma tu. No more nightmare,
pokok tu pun tak ‘berhantu’ dalam fikiran aku. Mulanya kisah ini dimaklumkan kepada
pegawai latihan tu supaya dapat pindah rumah, tetapi terus cancel plan. Namun,
itu tak merubah situasi aku yang tak dapat cope dengan student life di
universiti tu. Imigresen Korea reject extend visa, pihak universiti tolak
rayuan luluskan 1 subjek yang aku gagal tu (grading tertakluk penuh kpd
lecturer. Lecturer tu kata fail, universiti tu pun fully support decision).
Maka
mengadaplah aku ke pegawai latihan tu di kedutaan Malaysia. 2 3 sesi aku jumpa
dia, maki hamun je aku dapat. Aku numb. Hadamkan situasi tak dpt graduasi pun
susah, nak hadam kata-kata negatif daripada sekeliling? Hanya 1 ayat yang aku
ingat daripada beliau. “Nasib baik ayah kamu mampu. Kalau tak nak jadi apa
balik Malaysia? Jual burger?”
Seminggu
sebelum balik Malaysia for good, adik aku yang study di india pun datang
melancong. Mak aku izinkan dan pesan tengok-tengokkan aku. Naluri ibu yang
kuat. Anak susah hati jauh-jauh boleh tahu. Adik aku ikut mana sahaja aku
pergi. Dia cakap jangan buat benda bukan-bukan. Sebab aku penah cerita kepada
mak aku tentang suicide kat kejiranan itu, jadi mak aku risau dan pesan adik
aku monitor keadaan aku. Sesi terakhir jumpa pegawai kedutaan tu aku bawak adik
aku sekali. Orang bawak family melancong jalan-jalan, aku bawak adik aku
mengadap musibat yang berpunca daripada aku sendiri. Malam tu kami menangis
sama-sama mengenang nasib aku dan kata-kata ‘tajam’ di kedutaan.
Adik aku
flight balik malaysia lagi awal daripada aku sebab aku pospone flight, hendak
urus hal balik for good. Dia hendak pospone flight juga sebab masih risau dan tak
yakin dengan condition aku. Aku janji dengan dia jumpa di Malaysia nanti. Maka
3 hari terakhir di sana aku abiskan dengan muhasabah diri dan banyak berjalan
menatap bumi korea yang hampir 6 tahun menjadi kediaman utama aku. Jujurnya,
aku rindukan negara sonata itu bukan kerana bnyak kemudahan berbanding negara
sendiri, tapi kerana aku rasa negara itu sangat berpotensi jika ‘jiwa-jiwa’
rakyatnya lebih dekat kepada agama. Mereka dipandang tinggi di mata dunia dari
aspek pendidikan, teknologi, sukan, dan sebagainya. Malang, jiwa mereka
‘kosong’. No real purpose of life. Bangun, kerja/belajar, balik, minum arak,
tidur. Kemudian ulang. Rasa hidup susah, suicide.
Di
kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah dan berbangga kepada kelompok
student malaysia di korea yang komited dengan komuniti muslim di sana. Turut
serta dalam program Nuri, dakwah islamiah di masjid-masjid untuk memperkenalkan
islam kepada local people. Aku rasa khilaf. Sepanjang di sana aku tak join
benda-benda ini, even aku datang daripada keluarga yang mengamalkan pendekatan
usrah. Aktiviti yang lebih kepada kekitaan dan keseimbangan dunia akhirat, berbanding
hanya aku dan dunia aku. Kegagalan aku di sana aku jadikan teladan untuk masa
kini dan hadapan. Moga-moga kesudahan kita tidak dengan cara suicide seperti
ajossi tu, nauzubillah. Aku doakan komuniti malaysia di korea kekal akrab dan
harmoni seperti selalu. Nasihat kepada junior di sana, teruskan perjuangan dan
jangan terpesong daripada core business kita, belajar dan berbakti kepada mana-mana
antara berikut: ibu bapa, keluarga, bangsa, dan agama. Pegang kepada kompas
hidup anda. Jika terpesong, tanya kepada yang di atas sana. Di mana jalan
kembali.
bro, stay tough! terima kasih krn menulis! well read~
ReplyDeleteHeng Chiang aka Bradley Rainfield kat fesbuk, Batch 85
waa 선배님 juga datang mau baca. tq bro~~ bila free I update lagi ya~
Delete